Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Tidak
akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah
yang subur dan dialiri sungai-sungai"
Hadis
Riwayat Muslim
KETERANGAN
:
Sekarang kita telah mula
menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah
Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai
menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang
Arafah yang ada di Makkah Al Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai
padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah
dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh
di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijrah.